One more time…. Happy birthday to you…..

Saya dalam perjalanan balik ke kl dari kuantan. Ikhwan fadzli, sedang memandu disebelah. Magrib tadi kami turun ke rumah Piju, untuk majlis tahlil pemergian bondanya yang tercinta. Al fatihah untuk bonda Piju. Hal kematian, adalah tentang yang masih hidup. Yang ditinggalkan. Ujian sejauh mana kita redha dengan ketentuan illahi.

Saya patut menulis tadi lagi. Ketika 7 februari. Namun, kerana hari ini saya singgah tiga negeri ( pagi di tanjung malim perak, tengahari di bukit jalil selangor dan malam di kuantan pahang ) maka saya hampir terlupa bahawa hari ini ( semalam ) adalah harijadi secretlabmedia. Ya, 8 tahun lepas, secretlab telah ditubuhkan secara rasmi dibawah perlembagaan perniagaan Malaysia.

Sedar tak sedar sudah 8 tahun secretlab rupanya. Kalau budak kecik, baru darjah dua. Kalau darjah dua, bagai, sudah tahu mengira dan membaca dengan lancar. Sifir patut sudah lancar. Jawi pun takde masalah, cuma tak boleh tulis kitab sebab masih nak memahami rukun iman dan rukun islam.

Saya sangat bersyukur dengan apa yang tuhan beri pinjam ini. Hari ini, secretlab, sudah mempunyai seramai 15 orang, berbeza dengan 8 tahun dulu kita mula dengan dua orang sahaja. Kalau dulu ragamnya berdua, hari ini ragamnya berlima belas. Apapun, untuk semua yang ada bersama saya hari ini, saya sangat bersyukur mempunyai satu team yang sangat determination, sangat disiplin dan sangat passion.

Itu adalah 3 teras utama yang kita perlu ada setiap masa untuk berjaya. Dan 3 teras utama ini sangat penting dikongsi bersama, bukan terletak pada satu individu sahaja. Ia ibarat satu team bola. Kita perlu ada kerjasama dari semua. Player harus dengar arahan coach. Coach perlu percaya pada kebolehan player. Dan team ini perlu ada bomoh siam sebagai strategic planning. Kira jampi kena power :p . Matlamat akhir, score goal dengan bergaya. Kalau kalah, kita cuba lagi. Kalau menang, kita kongsi bersama.

Tahun ini tahun arnab. Arnab, kuat lari. Secretlab harus kerja kuat lagi. Kita belum lagi berjaya dan perjalanan masih panjang. Tuhan akan memberi peluang kepada orang yang berusaha, dan orang yang bersyukur.

Selagi kita bekerja dengan ikhlas dan setia, insya allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai di dalam dunia ini. Untuk mencapai apa yang kita hajati, kita harus ada 3 pillar tadi. Determination, dicipline and passion.

Untuk itu, selamat hari jadi buat secretlab. Hari jadi, adalah hari kita turun ke bumi. Fahami betul betul apa yang kita cari dan moga bila kita ketemui, kita takkan kehilangannya lagi.

Suggested Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a Reply

Formatting: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Looking for something? View archives or view project list

All project are numbered with specific project code. For eg. KayuApi Apps is under 6017. Search the code 6017 to view all related post.

Follow, Order & Collect!

Tag

Subscribe to receive new update!