882 : Government, Portals and Website Assessment 2010, and the winner is…..

Hari ini macam macam hal berlaku. Sakit perut masa meeting. Ada project cancel. Payment postpone. Ada client tanak bayar. Ada yang nak tunda. Ada yang mintak bukan-bukan. Ada yang mintak discount hingga 50%. Namun rupanya, semua ini ujian diwaktu pagi untuk cukupkan quota malang kerana quota bahagia akan terbit disebelah petangnya. Benar, seperti khabar angin yang didengar, website UPSI yang kami design telah mendapat rating 5 star. Malah, apa yang lebih menggembirakan adalah, website UPSI mendapat numero uno (no satu) dalam kategori education. Hilang semua duka diwaktu pagi!

Keputusan ranking oleh MDEC telah keluar. Anda boleh download di sini. Bagi yang tidak tahu, ia adalah keputusan Government, Portals and Website Assessment 2010. Penilaian ini bagaikan peraduan membuat web jika ada yang ingin beradu, tetapi bagi saya ia adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf, mutu dan standard website secara aggresif. Ia juga adalah bahan marketing untuk vendor-vendor seperti kami terus hidup dan dapat makan sesuap nasi atau kentucky setiap hari.

Berbalik kepada web UPSI, saya masih ingat lagi pelbagai perkara pahit manis yang berlaku daripada nak propose projek hinggalah ke akhir sign off. Bayangkan, banyak-banyak project, project ini telah menginsafkan saya dan mengingatkan saya kepada kasih sayang tuhan semesta alam kepada manusia yang berharap kepadaNya. Nyaris eksiden buat project ni. Apa tidaknya, biasanya KL – Tanjung Malim dalam 45 minit. Kerana saya ex classmate Michael Schumacher (yang selalu saya bagitau kepada isteri saya), jarak masa menjadi kurang 30 minit. Saya pun hairan kenapa.

Saya ingin mengambil kesempatan disini pertamanya untuk mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob, Naib Cancelor UPSI kerana banyak memberi input dan comment yang membantu kepada penghasilan web ini. Tidak lupa juga kepada Ketua Pengarah Bhgn. Hubungan Korporat & Antarabangsa, Prof Zain dan Ketua Pengarah ICT Tn. Hj. Nazri serta semua staff UPSI yang terlibat seperti En.Azri, En. Farhan dan lain-lain yang turut sama menjayakan dan membantu kepada kenyataan ini. Juga daripada Fakulti Seni, Tuan Syed, Dr. Nasir, Zafwan dan Prof Charles dari Australia yang banyak memberi sokongan dan idea idea bernas dalam rekabentuk web dan strategic planning. Tidak lupa juga kepada bahagian bendahari yang bertindak sangat aktif dalam mempercepatkan pembayaran kepada kami. Sebagai syarikat bumiputera, sangat kami hargai.

Tanhiah dan terima kasih kepada seluruh keluarga Secretlab, yang stay up tengah malam, yang kena bambu, yang buat design, coding, yang pening kepala, yang buat itu, buat ini….. serta student intern yang turut banyak membantu memasukkan content. Jika tidak kerana team work, jangan harap nak deliver job, nak dapat job pun susah. Tuhan tak bagi job pada seseorang, tapi tuhan bagi job untuk satu kapal. Peningkatan markah daripada 67 kepada 82 untuk web UPSI ibarat dari neraka masuk syurga. Namun perlu diingatkan, bukan markah yang kita cari dalam bekerja.

Maka kalau saya nak ucapkan lagi apa – apa selepas ini ia akan melalut seperti ucapan raya atau hari merdeka. So better saya sudahi dengan interface ‘asal’, mockup yang pertama disubmit untuk meyakinkan client, pilihlah kami sebagai vendor anda.

P/S , Yang seronok bekerja dengan client seperti UPSI adalah kerana UPSI memberi 100% kepercayaan kepada kami bagaimana untuk membuat web untuk mereka. Of course, mereka bayar kita, maka kita harus berikan yang terbaik. Antara phrase yang saya ingat lagi, ” Ikut awak la azizi, awak buat lah macam mana pun kalau awak rasa cantik, cantik la bagi kitorang”.

So Secretlab, responsible kita akan bertambah lagi…. next year nak maintain kedudukan lagi mencabar dari nak naik tangga.

Suggested Related Posts:

Leave a Reply

Formatting: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Looking for something? View archives or view project list

All project are numbered with specific project code. For eg. KayuApi Apps is under 6017. Search the code 6017 to view all related post.

Follow, Order & Collect!

Tag

Subscribe to receive new update!